“Jika penceraian itu Tak berlaku, Saya nak..” Terlalu sygkan menantu… Tak sangka ini impian Yusof Haslam kalau Syamsul & Puteri Sarah tak jadi bercerai…
Puteri Sarah Liyana dimana dia mengambil keputusan mahu menuntut cerai daripada suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof.
Berhubung hal berkenaan, bapa mentua Puteri Sarah iaitu penerbit popular, Datuk Yusof Haslam mengakui dia ada memujuk menantu itu agar menimbang semula keputusan menfailkan perceraian pada Isnin ini.
Yusof bagaimanapun akur dengan pendirian dibuat Puteri Sarah, Yusof bagaimanapun menaruh harapan agar perceraian anak dan menantunya itu tidak akan berlaku.
“Saya berbincang dengan Puteri Sarah dan memujuknya untuk mempertimbangkan keputusannya itu. Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cerai hinggalah proses perceraian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perceraian itu tidak terjadi.
“Jika perceraian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan,” ujarnya.
Sebelum ini, hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam Twitter mengenai pernikahan kedua Syamsul dengan Ira Kazar di Thailand selepas pengarah itu membuat pengakuan serta penjelasan di sebalik kontroversi terjadi.
Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.
Posting Komentar untuk "“Jika penceraian itu Tak berlaku, Saya nak..” Terlalu sygkan menantu… Tak sangka ini impian Yusof Haslam kalau Syamsul & Puteri Sarah tak jadi bercerai…"