Pandang Pun Tidak', Mas Idayu Enggan Komen Persembahan Sissy Imann Dan Naim Daniel, Sampai Janna Nick Minta Komen Pun Tak Dihiraukan
'Pandang Pun Tidak', Mas Idayu Enggan Komen Persembahan Sissy Imann Dan Naim Daniel, Sampai Janna Nick Minta Komen Pun Tak Dihiraukan
PENYANYI Mas Idayu dilihat seakan-akan merajuk apabila enggan memberi sebarang komen pada persembah…
23 hours ago
Bookmark
Berbagi
Oleh Admin
2 min read
A- A+
PENYANYI Mas Idayu dilihat seakan-akan merajuk apabila enggan memberi sebarang komen pada persembahan pembukaan daripada Siti Saerah dan Siti Saida menerusi program Famili Duo pada malam Ahad.
Ajai atau Muhammad Faizal Maas yang juga juri program berkenaan yang mewakili Mas Idayu berkata, dia menghormati keputusan dibuat penyanyi berkenaan memandangkan tidak mahu apa yang keluar daripada mulutnya disalah anggap oleh orang lain.
“Saya mewakili Mas Idayu nak beritahu bahawa dia tak memberi sebarang komen di persembahan Famili Duo pada malam ini.
“Dia tidak mahu komen tersebut disalah anggap atau salah tafsir,” katanya.
Mas Idayu bergandingan dengan Ajai sebagai juri tetap.
Ajai berkongsi perkara itu sebelum memberi komen persembahan Siti Saerah dan Siti Saida yang menyampaikan lagu medley Mentera Semerah Padi dan Apokalis nyanyian asal Datuk M. Nasir.
Dalam pada itu, Siti Saerah dan Siti Saida selepas mendengar komen Ajai meminta Mas Idayu memberi komen terhadap persembahan mereka kerana menganggap ulasannya sebagai juri dapat membantu mereka memperbaiki diri pada peringkat seterusnya dalam Famili Duo.
“Jadi kami nak dengar lagi komen daripada kedua-dua juri, mungkin ini malam terakhir kami di sini,” katanya.
Mas Idayu bagaimanapun dilihat tetap dengan pendiriannya untuk mengunci mulut meskipun mendapat sorakan daripada penonton di studio.
Bagaimanapun, selepas giliran Ayda Jebat dan Fyna Jebat mengadakan persembahan, penyanyi lagu Cintaku 100% itu kembali membuka mulut selepas dipujuk dua beradik berkenaan.
Mas Idayu dalam komennya turut memberitahu dia sebenarnya tidak kisah atau takut dicerca mahu pun dihina sebaliknya bimbang apabila tidak mahu lagi menegur.
Teguran dibuat terhadap Sissy Imann dan Naim Daniel disifatkan kasar.
“Apa-apa pun dua-dua okay, Mummy okay… Mummy happy. Nak beritahu dekat Ayda dan Fyna di pentas, Mummy sebenarnya tak kisah, tak takut dicerca dan dihina oleh orang luar.
“Tak kisah sama sekali! Apa yang Mummy takut, Mummy hina dan cerca orang. Mummy juga tak takut untuk marah, menegur, membentak awak di atas pentas itu. Yang Mummy takut ialah bila Mummy tidak lagi mahu menegur.
“Malam ini terus terang saya rasa korang memang wow. Persembahan yang bagus malam ini,” ujarnya.
Dua beradik tersebut turut turun ke pentas ke meja juri dan memeluk Mas Idayu.
Program itu disiarkan secara langsung di Studio 2, Sri Pentas Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan turut disiarkan di TV3 pada pukul 9 malam. Famili Duo dihoskan oleh Sean Lee dan Janna Nick.
Antara komen netizen,
Serius ar mummy xkomen persembahan sissy iman dgn naim daniel..keras jg hati mummy nie..
Elok juga diam, nyatakn aje melalui markah. Setidak2nya dia pun perlu bljr mghormati perasaan org lain utk masa2 depan. Boleh mnegur tp secara berhemah, x der masalah.
Ada Ali kisah ker? Hahahahaha Komen Tu xyah NK jerit2 Tu jer….Komen Ker xnk Komen lantak ko lah…ko Tu bkn mami tapi nenek lampir faham nenek lampir.
Posting Komentar untuk "Pandang Pun Tidak', Mas Idayu Enggan Komen Persembahan Sissy Imann Dan Naim Daniel, Sampai Janna Nick Minta Komen Pun Tak Dihiraukan"