Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Terlalu bnyak yg telah kami lalui bersama..”- Takziah, Mohon Doakn Nurul Izzah, Baru Saja 6 Bulan Khwin, Tak Sangka Ini Pula Berlaku

Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkongsi berita sedih berhubung pemergian bayi di dalam kandungannya kepada umum.
Khabar sedih itu diumumkan oleh Nurul Izzah yang juga anak sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menerusi laman Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Nurul Izzah turut berkongsi gambarnya memeluk ibu dan bapanya dengan mengatakan mungkin itu kali pertama mereka berpelukan.

“Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan. Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama.
“Selesai berkempen, sempat pula menjangkiti Cvd19 buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat,”tulisnya.
Meskipun Nurul Izzah sedih dengan pemergian bayi dalam kandungannya, beliau tetap memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan rezeki yang diberikan walaupun bersifat sementara.



“Saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individunya berbeza.
“Ungkapan mensyukuri nikmat, kata-kata indah untuk Yang Maha Esa diucapkan walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil.
“Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman,”luahnya.
Dalam pada itu, beliau mendoakan semua orang yang berada di luar sana yang pernah merasai kehilangan supaya kekal tabah dan kuat.

Katanya lagi, proses penyembuhan merupakan suatu perjalanan dan sekiranya memerlukan sedikit masa untuk bernafas, jadi lakukan sahaja sebelum masuk ke bab seterusnya dalam kehidupan baharu.

Terdahulu, media melaporkan Nurul Izzah melangsungkan pernikahan dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong yang diadakan secara sederhana.

Salam takziah, moga terus kuat
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet yang turut bersimpati dengan nasib menimpa Nurul Izzah dan suami atas kehilangan bayi dalam kandungan.



sebagai rekod, Selepas kira-kira tujuh tahun bergelar ibu tunggal, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong, semalam.

Perkahwinan itu diumumkan oleh pasangan pengantin baharu terbabit menerusi kenyataan media mereka yang dikongsi dalam akaun Facebook Nurul Izzah Anwar, tengah malam tadi.

“Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Rum: 21).



“Kami memohon doa kalian semua – agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” ungkap pasangan itu dalam kenyataan terbabit.

Nurul Izzah yang juga anak sulung kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, tetapi berakhir dengan perceraian pada 2015.

Difahamkan, sebelum ini Shao Loong pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif badan pemikir PKR, Institut Rakyat, yang diketuai oleh Nurul Izzah.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah komunikasi strategik Pejabat Menteri Besar Selangor ketika pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Posting Komentar untuk "“Terlalu bnyak yg telah kami lalui bersama..”- Takziah, Mohon Doakn Nurul Izzah, Baru Saja 6 Bulan Khwin, Tak Sangka Ini Pula Berlaku"

Menyalin