Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Allahuakbar kejamnya. Inilah yang dikatakan nak poligami tapi tak tahu tanggungjawab.

Pelakon, Puteri Sarah menyatakan hasrat untuk membantu seorang ibu anak tujuh yang dihalau dari rumah sewa.

Menerusi hantaran di Insta Story miliknya, Puteri Sarah telah berkongsi satu keratan berita bertajuk ‘Ibu & 7 Anak Dihalau Dari Rumah Sewa, Suami Jarang Balik Sejak Ada Bini Muda,”

Puteri Sarah berpendapat kelakuan suami wanita itu agak kejam kerana mengabaikan isteri dan anak-anaknya selepas berpoligami.

“Allahuakbar kejamnya. Inilah yang dikatakan nak poligami tapi tak tahu tanggungjawab.

“Siapa kakak ni? Jika ada ada contact DM Sarah please. Sarah nak tolong,” tulisnya.



Untuk info, netizen melabelkan Puteri Sarah sebagai wanita hebat keran memperjuangkan haknya sebagai seorang isteri susulan konflik rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

Konflik tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Bagaimanapun pengakuan Syamsul membuatkan topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Berita tular, Isteri tujuh anak dihalau dari rumah sewa, suami sibuk poligami.

SHAH ALAM – Ibarat jatuh ditimpa tangga, itu takdir seorang wanita pesakit mental bersama tujuh anaknya yang diusir berpindah dari rumah sewanya selepas tertunggak bayaran sewa sejak Oktober tahun lalu.

Lebih memilukan, wanita itu terpaksa berdepan dugaan berat itu bersendirian selepas suaminya tidak kerap pulang ke rumah kerana bernikah lain dan menguruskan keluarga baharu.

Seorang wanita pesakit mental bersama tujuh anaknya yang diusir berpindah dari rumah sewanya selepas tertunggak bayaran sewa sejak Oktober tahun lalu.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan, Skuad Saidina Umar (SSU) LZS mengambil tindakan segera menyantuni wanita itu yang kini buntu mengenang nasib diri dan anak berusia lingkungan empat hingga 14 tahun di bawah tanggungannya.

“Tuan rumah tidak dapat meneruskan sewa kerana bayaran tertunggak lebih tiga bulan selain pemilik juga berdepan dengan masalah kewangan akibat perlu menanggung bayaran bulanan pinjaman perumahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.

Menurut LZS, wanita itu merupakan pesakit mental dan bergantung dengan ubat-ubatan psikiatri untuk mengawal emosinya tidak bertindak agresif.

Malah, LZS memberitahu, tekanan wanita itu semakin bertambah sejak suami bernikah dengan wanita lain.

“Hal ini juga menjadikan tekanan pada isteri sehingga anak sulung berusia 14 tahun juga kini menerima rawatan psikiatri kerana kerap mengamuk serta tidak dapat dikawal seperti mendengar bisikan.

Sehubungan itu, LZS menjelaskan, tindakan segera diambil termasuk menyerahkan sumbangan tunai serta bantuan lain.

“Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan jiran sekitar juga sangat membantu dan sentiasa memastikan keperluan keluarga ini mencukupi dan tidak terputus.

“Malah, hasil perbincangan bersama tuan rumah juga berjaya dicapai dan bersetuju untuk memberikan sewa selanjutnya buat ibu ini dan tujuh anaknya,” menurut LZS.

Seorang petugas SSU LZS menziarahi wanita terbabit di rumah sewanya pada Ahad.

Tambah LZS, tunggakan sewa rumah dan bayaran sewa bulanan selepas ini akan diuruskan pihaknya dan kes itu akan dipanjangkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan bantuan menerusi khidmat kaunseling serta akta perlindungan.

“Poligami itu ada kaedah dan prosedurnya (tetapi) berlaku adillah dan jangan menzalimi serta melepaskan tanggungjawab utama. Semuanya akan dipersoalkan di hadapan ALLAH kelak,” jelas LZS.

Sumber : Gempak, sinarharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Posting Komentar untuk "“Allahuakbar kejamnya. Inilah yang dikatakan nak poligami tapi tak tahu tanggungjawab."

Menyalin