Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Nafkah rm6ribu tk cukup, Bkas isteri Sm faizal dedah ini yg beliau trpksa lakukn demi sara anak2

Terbaru, bekas isteri kepada pengerusi kumpulan Naza, Emilia Hanafi mendedahkan bahawa nafkah yang diterima olehnya setiap bulan adalah tidak mencukupi.
Emilia mengatakan bahawa nafkah yang berjumlah RM6,000 setiap bulan tidak mencukupi bagi menampung kos sara hidup dan pembayaran yuran sekolah bagi tiga orang anaknya. Terpaksa menjual rendang.

Menurut Emilia, mereka tidak disediakan tempat tinggal dan terpaksa menumpang di rumah ibu bapanya. Wanita berusia 43 tahun itu berkata, keadaan ini memaksanya untuk bekerja sambilan dengan menjual rendang, roti jala, kerepek, jeli dan kek bagi menampung perbelanjaan harian.



Anak sulung baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Am Antarabangsa untuk Pendidikan Menengah (IGCSE). Anak kedua belajar di tahun lapan di sekolah menengah swasta antarabangsa di ibu negara, manakala yang bongsu pada tahun enam di sekolah sama.

Sebelum ini bekas suami Emilia, SM Faisal telah didakwa menyebabkan kecede.raan dengan sengaja kepada dirinya di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas pada November 2015 yang lalu. Mereka telah disahkan bercerai pada 2016 dan prosedur bagi kes itu masih lagi berjalan hingga kini.

Terdahulu, Bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, Emilia Hanafi, hari ini menjalani hkuman penjra tujuh hari atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, berhubung tarikh lawatan tiga anaknya.

Hukuman itu dijalankan bermula hari ini selepas Emilia, 43, menyerah diri di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, pagi ini.

Peguam Syarie, Nazri Yahya yang mewakili Emilia, berkata anak guamnya akan menjalani hukuman itu di Penjara Wanita Kajang.

“Selepas menjalani hukuman itu, anak guam saya akan hadir untuk prosiding di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang ditetapkan pada 6 Julai,” katanya.

Sumber : ohmedia

Posting Komentar untuk "Nafkah rm6ribu tk cukup, Bkas isteri Sm faizal dedah ini yg beliau trpksa lakukn demi sara anak2"

Menyalin