“Lawan! Saya sentiasa ada bila-bila masa Shuhada perlukan”- Puteri Sarah
Hari ini kita digemparkan dengan surat terbuka oleh pelakon Hafidz Roshdi khas untuk isterinya, Nurul Shuhada yang menafikan adiknya ‘masuk campur’ dalam kemelut rumah tangga mereka namun, aktor tersebut menafikan segala dakwaan itu dan ia hanyalah satu fitnah semata-mata.
Malah, pelakon kelahiran Selangor itu menggesa Shuhada untuk membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum dia mengambil tindakan undang-undang kerana sudah menyentuh maruah dan privasi keluarganya.
Cakna dengan ‘kiriman surat’ daripada suaminya, Shuhada bertindak dengan memberi maklum balas terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Hafidz Roshdi telah berjaya meraih perhatian ramai.

Termasuklah, pelakon jelita, Puteri Sarah yang memberikan sokongan terhadap Shuhada dimana dia sentiasa ada untuk wanita yang teraniaya itu pada bila-bila masa diperlukan.
“Lawan, saya sentiasa ada untuk awak pada bila-bila masa awak perlukan saya okay”, komen Puteri Sarah.
Bagus Shu! Lawan tetap lawan
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya golongan wanita turut memberi sokongan sepenuhnya kepada Shuhada dalam meneruskan perjuangan serta mengambil tindakan tegas berhubung dengan apa yang terjadi.
Netizen dakwa Hafidz yang cuba play victim lepas apa yang terjadi?
Bukan itu sahaja, ramai yang tidak berpuas hati dengan surat terbuka yang diberikan oleh Hafidz kerana netizen mendakwa dia cuba menjadi mangsa keadaan selepas apa yang dilakukan kepada isterinya.
Sebelum ini, Hafidz telah memberikan masa selama 48 jam terhadap Shuhada untuk membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dikatakan telah mencanang fitnah sehingga menganggu keselamatan keluarganya.
Sumber: Instagram shushukriii
Posting Komentar untuk "“Lawan! Saya sentiasa ada bila-bila masa Shuhada perlukan”- Puteri Sarah"